Price vs Persaingan

Facebook ads update : Perubahan yang Facebook buat untuk Q4 & mana-mana social media semuanya tertumpu ke arah perkara yang sama.

[Hyper focus ads] & [Creative do the targeting]

Apa maksud hyper focus ads? Clarity

Apa maksud creative do the targeting?

Saya cuba terangkan dalam bahasa yang mudah.

Katakan target customer anda [Guru]

Kalau dulu, cara yang paling tepat untuk target aduience [Guru] dengan tambah intrest (Teacher career, middle school teacher & etc)

Tapi sekarang, mesej iklan anda “Promosi ini khas untuk Guru” cara yang lebih tepat.

Sama ada dari segi copywriting, video atau gambar.

Peranan creative lebih penting dari setting yang ada, dan saya lebih prefer broad setting.

#Creative bermaksud, copywriting, gambar atau video.

Kalini saya nak share macam mana untuk anda create ads yang hyper focus.

Ada Empat main point yang anda perlu faham untuk dapatkan Hyper fouces ads yang tepat.

sebelum saya share Empat main point ni, anda perlu faham konsep clarity.

Satu Ads perlu bercakap kepada 1 avatar, kalau anda tulis ads untuk target 2 atau 5 jenis customer avatar, ads anda akan fail !

Terutama anda dalam pasaran yang kompetitif.

Clarity, hyper focus atau specification apa pun namanya anda faham maksud saya..

Tak percaya? saya bagi dua contoh headline, anda pilih yang mana satu lebih menarik perhatian anda.

Saya spesifik kan kepada location, dan bayangkan anda tinggal di Shah Alam Seksyen 13

Contoh ads (Headline)

A: Khas untuk orang shah alam seksyen 13 restoran seafood fresh dengan harga yang murah dah buka.

B: Peminat seafood wajib cuba direstoran kami.

kalau anda tinggal di seksyen 13 headline mana yang lebih menarik perhatian anda?

Most likely anda akan pilih A.

Ini apa yang saya nak share harini, kalau anda baca sampai habis, lepas ni dah tak ada masalah untuk tulis ads.

Empat Point Utama
  • User
  • Problem
  • Pain
  • Goals
User

user perlu spesifik boleh di segmen kan kepada beberapa kategori. antaranya

Location
Pekerjaan /Job title
Umur
Gender / Jantina

Untuk dapatkan user avatar, jawab soalan ni, Produk @ servis anda ni selesaikan masalah siapa?

Ini list user

[suri rumah], [business owner], [marketer], [guru], [collage graduasi], [Grab driver], [Food rider], [photographer], [web designer]

Problem

spesifik masalah untuk [user]

Masalah apa yang produk atau servis anda boleh selesaikan.

Again, be specific. dan pilih 1

Kalau produk anda selesaikan masalah berat badan, dan tiba-tiba anda mention boleh dapatkan kulit yang mulus…..??????? What the hell is that!

Ingat rules

If you confuse them, you lose them.

Pain

Pain point apa yang customer anda nak tapi masih belum ada, biasanya melibatkan emosi frust, stress dan confuse.

saya bagi contoh.

Suri rumah nak dapatkan body yang ideal, tapi tak boleh nak control selera makan sebab selalu masak.

Business owner susah nak diet sebab selalu meeting dekat resoran, tak dapat control selera makan.

kedua-dua contoh yang saya bagi ni ada 1 persamaan pain point = Tak dapat control selera makan.

Goals

Apa yang user @ customer nak capai.

Saya bagi dua contoh.

A : Berat badan yang ideal
B : Dapat turun 8KG dalam masa 3 Bulan.

Point Goals yang baik ialah B, sebab jelas dan spesifik.

Point Goals A, terlalu general.

Hopefully anda dah dapat apa yang saya nak sampaikan, sekarang untuk satukan semua point.

“Contoh User Persona”

User : Ayu, 30 tahun, Business owner

Problem : Selalu aktiviti di outdoor kulit jeragat semakin teruk

Pain Point : Susah nak cari produk yang sesuai sebab kulit sensitif

Goals : Nak rawat jeragat dan dapatkan kulit yang sihat

Sekarang saya akan share macam mana anda boleh buat ads untuk target ayu.

(Headline)
Dapatkan [Goals : kulit yang sihat bebas jeragat] Khas untuk [Pain : yang ada kulit sensitif]

(Body)
– [USP 1] Brand X Lulus KKM
– [USP 2] Merawat & mencegah jeragat
– [USP 3] Tanpa sebarang kesan sampingan
*Body tidak semestinya USP, saya suka adress objection juga di body ads


CTA Dapatkan Brand x sekarang dengan OFF RM19 sekarang, click link di bawah untuk claim OFF RM19

Kesimpulan

Tulis ads akan jadi lebih mudah kalau anda dapat target spesifik audience

Anda boleh ada 3 ke 4 User Persona & boleh split test yang mana dapat produce result yang lebih baik.

setidaknya sekarang anda dah ada garis panduan apa yang perlu buat.

*Of course, ini salah satu dari framework yang saya testing. More to come stay tuned

Share this Article

Zahidul-Fitri-talk-di-UiTM-Kuala-Pilah-berkaitan-keusahawanan-by-My-Ekosistem.png

My Ekosistem

myekosistem.com

My Ekosistem bermula dengan dunia E-commerce dan Digital Marketing untuk produk sendiri. Kemudian kami mengorak langkah dengan membantu syarikat francais dan seterusnya niche yang kami pilih.

Category
Our Partner

Kerjasama bersama PKNS Biz Club